Join Us On Facebook

Please Wait 100 Seconds...!!!
- See more at: http://www.exeideas.com/2012/03/how-to-add-pop-up-facebook-like-box-for.html#sthash.WrAJnDfW.dpuf

Wednesday, 19 March 2014

Nurul Izzah Dimaki di sungai Sekamat



Begitulah nasib dua beranak yang dirundung malang kerana mereka jelas dilihat ditolak oleh majority orang melayu semasa tempoh berkempen di PRK Kajang.

Semalam dapat kita lihat bagaimana Ibunya Wan Azizzah dicemuh oleh peniaga semasa berkempen di SINI.

Pagi ni Nurul izzah pula kena maki di sungai sekamat.
Makcik ni kata, masa kempen PRK masuk pasar melayu dapatkan undi. Dah menang, gerai melayulah yang memula kena roboh.
Kan dah kena setepek!!

Anak Seberang


Sunday, 9 February 2014

Arahan Sultan Johor : Hukuman Gantung banduan di hentikan

PETALING JAYA: Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap banduan P.Chandran yang dijadualkan pada awal Jumaat dihentikan, selepas mendapat arahan Sultan Johor berikutan rayuan daripada keluarga.
Abang Chandran, Thamotharan berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai di Jabatan Penjara, lewat Khamis.
"Mereka memberitahu saya bahawa hukuman itu telah dihentikan sementara dan pihak berkuasa akan meneliti kes itu.
"Saya juga dimaklumkan bahawa keputusan untuk menangguhkan hukumannya dibuat selepas mendapat arahan daripada Sultan Johor semalam (Khamis) petang," katanya, sambil menambah seluruh keluarga sangat berterima kasih kepada Sultan.
Thamotharan berkata dia difahamkan bahawa Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu.
"Kami berterima kasih kepada mereka dan juga setiap organisasi dan orang ramai yang bersama dengan kami yang merayu untuk mendapatkan pengampunan untuk Chandran daripada dikenakan hukuman mati," katanya.
Tahun lepas, anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Semakan Kedua Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) di Geneva, sebulat suara meminta kerajaan Malaysia mengkaji semula hukuman mati.
Setiausaha Hindraf kebangsaan P. Ramesh berkata, berikutan itu, kerajaan telah bersetuju untuk membentangkan satu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bulan depan.
"Isu ini telah dibangkitkan tidak kurang daripada empat tahun yang lalu, iaitu apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan semua hukuman mati," katanya.
Chandran didakwa membunuh dengan niat bersama beberapa orang lelaki yang masih bebas yang menyebabkan kematian K.Muthuraman, 36, di hadapan sebuah rumah di No. 94, Jalan Lading 22, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, pada pukul 8.15 malam, 19 Julai 2003.
Chandran, yang telah dipenjarakan selama 11 tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.mstar


Perut bapa terburai ditikam anak di rumah

KOTA BHARU: Seorang warga emas parah ditikam di perut oleh anaknya susulan perselisihan faham dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Seterpa, Bukit Marak, di sini, hari ini.
Anak saudara mangsa, Sauli Mokthar, 47, berkata mangsa, Ibrahim Che Mud, 62, ditikam menggunakan pisau oleh anak ketiganya yang berumur 29 tahun di dalam biliknya, pada 6.30 pagi. 
"Saya yang ketika itu sedang tidur dikejutkan dengar jeritan mangsa, 
bergegas ke bilik mangsa dan mendapati kedua-dua beranak itu sedang bergelut 
sebelum mangsa jatuh akibat ditikam.

"Anaknya yang juga penganggur kemudian melarikan diri dengan kereta selepas menikam bapanya beberapa kali," katanya ketika ditemui.

Sauli berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia 
 
Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, isteri Sauli, Fairuz Che Mat, 42, berkata dia yang sedang 
 
bercuti di rumah bapa saudaranya itu sejak lima hari lalu tidak menyangka 
 
kejadian seumpama itu berlaku.

"Mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya," katanya sambil menambah tiga 
 
lagi anak warga emas itu tinggal di beberapa bandar lain.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun berkata masih mengumpul maklumat lengkap mengenainya. - Bernama


Tuesday, 4 February 2014

Tujuan Kita Sebagai Manusia Hidup Dunia




Kita tak pernah sedar ke selama ini kita leka sahaja ,




My Ping in TotalPing.com